CINTA: Perlukah mencari atau hanya menanti??
Rakan-rakan di Malaysia yg cuti:
anda bosan? xde aktiviti? kesunyian? perlukan teman? ingin bercinta/sudah bercinta?
apa itu CINTA? adakah sudah sempurna CINTA anda? mahu mencari CINTA sempurna?
bagaimana caranya??
Ayuh sertai Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT)

ianya adalah kesinambungan dari forum 'Monyetnya Cinta Kita' anjuran iLuvislam.com dengan kerjasama Karangkraf
maklumat lanjut berkaitan forum boleh didapati di sini
hari ni study,esok exam,lusa lecture,tulat holiday.
Our exam on tuesday will start at 7.45am and will be held at the underground floor of the convention centre NOT at the lecture halls.
Tips bagi mereka yang hendak belajar sebelum menyesal:
1) tidur secukupnya (8jam tidur+8jam belajar+8jam beribadat?=24jam)
2) makan sebanyaknya (6 kali sehari-breakfast,snack,lunch,tea,dinner,supper)
3) main untuk mengeluarkan peluh,badan cergas,otak cerdas.(main bola@PES2010,lompat2 dalam rumah,main kejar-kejar dgn kawan serumah)
4) layari internet untuk mencari maklumat/soalan berkaitan pelajaran (antara web yg menjadi pilihan pelajar alex adalah web ini)
5) mengadakan group discussion secara face-to-face(gunakan webcam YahooMessenger10 jika jauh)
6) jika semua tips diatas xberjaya,maka gunakan cara terakhir ini,rebus kesemua buku selama 2jam22mnt22saat,kemudian tapiskan airnya,simpan dibawah suhu ketiak selama 30mnt,selepas itu bolehlah dihidangkan kepada rakan serumah & rakan2 yg datang belajar di rumah.

jadi kawan-kawan belajarla yer,marilah kita sama-sama membaca Histobook,Pathobook,Pharmabook,Facebook,Biochembook & Physiobook =) sebelum terpaksa menggunakan tips ke-6.
selamat berjaya semua! :)
kurangkan kegagalan,tingkatkan kejayaan
[Warga Alex] Seminar Ibadah Pesakit '09
ADAKAH ANDA RASA SUDAH BERSEDIA MENJADI DOKTOR??
ADAKAH SUDAH CUKUP ILMU ANDA??
CUKUPKAH DENGAN HANYA TAHU MEN'DIAGNOS',MEMBEDAH,MEMBERI UBAT??
BAGAIMANA JIKA DITANYA ILMU AGAMA???
APATAH LAGI TENTANG IBADAH???
LAGI-LAGI PESAKIT ANDA YANG BERTANYA!!
ADAKAH HANYA MAMPU TERSENYUM???MENGGELENGKAN KEPALA???
JANGAN TUNGGU LAGI!!! DAFTAR SEKARANG
"SEMINAR IBADAH PESAKIT '09"
TERBUKA KEPADA WARGA PERUBATAN ISKANDARIAH.
TEMPAT TERHAD!!!!!! !
DAFTAR SEKARANG..!! !!
HANYA LE 30 SEORANG... TERMASUK FAIL KERTAS KERJA, TEMPAT DAN MAKANAN
TARIKH :: 2 DIS 2009 / 15 ZULHIJJAH 1430
TEMPAT :: ALEXANDRIA
MASA :: 7 PAGI - 5 PTG
KERTAS KERJA::
1 KEKANGAN FIZIKAL BAGI PESAKIT DALAM MELAKUKAN IBADAH
2 RUKHSAH DALAM IBADAH
3 IBADAH BERSUCI PESAKIT
4 IBADAH SOLAT PESAKIT
5 IBADAH PUASA PESAKIT
BERMINAT???? ??
SILA HANTARKAN:
1 Nama Penuh
2 Tahun Kuliah
hantarkan kepada >> seminar_ibadah_ pesakit@yahoo.com
Buletin Iskandariah 16/11/2009

ISKANDARIAH 15 November 2009- Bumi Iskandariah digemparkan lagi apabila salah satu blog Iskandariah telah menukar template blognya kepada yang lebih cantik dan menarik.Blog tersebut boleh di layar di sini.Berikutan tersebarnya berita tersebut,dengan secara mendadak blog ini dihentam bertubi-tubi oleh pengunjung terutama warga Iskandariah.
Kemudian masalah yang berlaku ialah isu peletakan poll yg ada di blog ini,poll di blog ini adalah hasil kerjasama dengan Dr Alex,salah seorang blogger Iskandariah.Isunya di sini ialah poll yang sering bertukar-tukar hal ini sedikit sebanyak menyusahkan pengunjung untuk mengundi.InsyaAllah ini adalah poll yang terakhir kemaskininya.
Seperti yang anda semua lihat,semalam ada 4 nama di poll tersebut dan tiba-tiba hari ini tinggal 3 sahaja.Adakah ini taktik blogger untuk mempromosikan calon mereka sahaja dan menjatuhkan calon-calon yang lain? jawapannya TIDAK sama sekali TIDAK,kerana kami blogger-blogger berkerja untuk semua warga PCI.Harap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi sebelum habis membaca berita ini.
Fakta yang sebenarnya berlaku disebalik pembuangan nama salah seorang calon tersebut ialah apabila secara tiba-tiba blogger telah di BUZZ! oleh calon tersebut dan berlakulah komunikasi dua hala antara blogger dan calon.Berikut adalah sudutan komunikasi tersebut :
BUZZ!
anas mat asis (16/11/2009 12:36:15 AM): erk salam bro
blogger (16/11/2009 12:36:22 AM): wslm
anas mat asis (16/11/2009 12:36:23 AM): bleh buang kot nama aku kat poll ko tu
anas mat asis (16/11/2009 12:36:30 AM): seriously x layak
blogger (16/11/2009 12:36:39 AM): ni poll yim buat
anas mat asis (16/11/2009 12:36:43 AM): n xde cita2 nak jadi pres PCI
blogger (16/11/2009 12:36:44 AM): bukan ak buat
anas mat asis (16/11/2009 12:36:54 AM): or nak sambung jd ajk
anas mat asis (16/11/2009 12:37:01 AM): beri pluang kat muka2 baru
anas mat asis (16/11/2009 12:37:10 AM): mintak dia buangkan bleh x
anas mat asis (16/11/2009 12:37:18 AM): seriously segan gle
anas mat asis (16/11/2009 12:37:21 AM): he3
blogger(16/11/2009 12:37:25 AM): bia jer
anas mat asis (16/11/2009 12:41:23 AM): x larat la bro serious
anas mat asis (16/11/2009 12:41:33 AM): lgpun tahun depan ada agenda lain
anas mat asis (16/11/2009 12:41:41 AM): focus bait muslim plak ke
anas mat asis (16/11/2009 12:41:42 AM): he3
blogger (16/11/2009 12:41:48 AM): hoho~
anas mat asis (16/11/2009 12:41:52 AM): please tlg buang nama ana
blogger (16/11/2009 12:42:01 AM): xpe tuh poll saje jer kot yim buat2
blogger (16/11/2009 12:42:16 AM): nama adalah hiasan semata2
blogger (16/11/2009 12:42:37 AM): tiada kene mengena dgn yg dh jd ajk/belum
anas mat asis (16/11/2009 12:44:12 AM): ho3
anas mat asis (16/11/2009 12:44:19 AM): harap2 xjadila apape next year
anas mat asis (16/11/2009 12:44:32 AM): bnyk lg ilmu yg nak belajar kat mesir ni
anas mat asis (16/11/2009 12:44:36 AM): doa2kan la ek bro
anas mat asis (16/11/2009 12:44:48 AM): tlg sebarkan propaganda jgn vote anas
anas mat asis (16/11/2009 12:44:48 AM): he3
anas mat asis (16/11/2009 12:44:51 AM): k salam wbt
blogger(16/11/2009 12:44:56 AM): k wslm
Harapnya semua warga Iskandariah jelas dan faham tujuan pembuangan nama calon tersebut agar perkara ini tidak menjadikan kontroversi khasnya di Iskandariah.Selain blogger,calon tersebut juga telah menghubungi Dr. Alex pembuat poll,kisah selanjutnya berkaitan poll di atas boleh didapati di blog beliau.
Justeru,saya harap warga-warga PCI sekalian menghormati keputusan saudara ANAS MAT ASIS yang dengan sedaya upaya beliau menolak untuk dicalonkan dalam pemilihan akan datang.
Sekian Buletin Iskandariah untuk kali ini.
Sumber berita disunting dari:
* Berita Hairan
* Utusan Meloya
* Hairan Metro
p/s: harapnya lepas ini tiada lagi calon yang menghubungi blogger untuk membuang nama mereka di poll ini.
Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.Majulah PCI untuk semua!
Download Ketika Cinta Bertasbih 2009

Ketika Cinta Bertasbih [2009] DVDRip
credit to syok.org for this film.Link asal di sini.
Sinopsis Filem:
Abdullah Khairul Azzam – 28 tahun- pemuda tampan dan cerdas dari sebuah desa di Jawa Tengah. Dari kecil, Azzam sudah terlihat sebagai anak yang sangat baik budi pekertinya. Atas usahanya yang gigih dia berhasil memperoleh bea siswa untuk belajar di Al Azhar Mesir selepas menamatkan Aliyah di desanya. Baru setahun di Kairo dan menjadi mahasiswa berprestasi peraih predikat Jayyid Jiddan (Lulus dengan Sempurna), ayahnya meninggal dunia. Sebagai anak tertua Azzam mau tidak mau harus bertanggung jawab atas kehidupan keluarganya, dikarenakan adiknya masih kecil-kecil. Sementara itu, dia sendiri harus menyelesaikan studinya di Negara orang. Akhirnya dia mulai membagi waktu untuk belajar dan mencari nafkah. Ia mulai membuat tempe dan bakso yang ia pasarkan di lingkungan KBRI dia Kairo. Berkat keahlian dan keuletannya dalam memasak, Azzam menjadi populer dan dekat dengan kalangan staf KBRI di Cairo. Tapi hal itu berimbas pada kuliah Azzam, sudah 9 tahun berlalu, ia belum juga menyelesaikan kuliahnya.
Salam,juz nak share ngn korang bagi sape2 yg xde akaun syok.org.
ini link bagi filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB),yang pengambarannya dilakukan di Alexandria,Egypt :)
*Link added*
Ketika Cinta Bertasbih 2009 DvdRip(Very High Quality,Single Link)[MegaUpload]
Ketika Cinta Bertasbih Part 1[USAupload]
Ketika Cinta Bertasbih Part 2[USAupload]
Ketika Cinta Bertasbih Part 3[USAupload]
Ketika Cinta Bertasbih Part 1 [Mediafire]
Ketika Cinta Bertasbih Part 2 [Mediafire]
Ketika Cinta Bertasbih Part 3 [Mediafire]
welcome back!
rasanya dh lama xupdate blog nih..ish3 kecian btol en. blog yer...
bukan ape,malas sbb internet lembab~!!
nway akhirnya aku dh balik semula ke alexandria tuk smbg study after 2 months cuti..
alhamdullilah result 1st year medical lulus..walaupon xdpt A,tp ak bersyukur sbb sini gred A tggi,lg satu aku ni xdela sehebat mane pon...hanyalah manusia biasa bkn genius..
cuti 2 bulan kt Malaysia byk dihabiskan bersama famili dan melawat kawan2 sekolahku dahulu...dh besar panjang korang sumer...dh matang2(bleh kawin dh :D)
kuliah 2nd year medical baru start pada kelmarin,perghh 1st lecture jer dh 3jam direct non stop...last2 xleh concentrate~
till now..hav to study...
19:36
12/10/2009
Alexandria.
Ahlan ya Ramadhan Karim...

Sedar atau tidak,bulan Syaaban hampir melabuhkan tirainya..menunggu sang Ramadhan menjelma tiba...Ramadhan yang dirindui,ramadhan yang dinanti kini bakal tiba dalam masa beberapa jam lagi..
Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan khas oleh Allah kepada kita,maka perlulah kita sebagai hambanya mensyukuri atas segala pemberian-NYA.Ramadhan merupakan satu peluang untuk memperbaiki seseorang hamba dengan tuhannya,Allah S.W.T
Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...— surah Al-Baqarah, ayat 185

merujuk kepada hadis di atas,maka dapatlah disimpulkan bahawa bulan Ramadhan,bulan yang sangat mulia...oleh itu saya menyeru diri saya sendiri serta rakan-rakan agar mengambil peluang yang hanya datang setahun sekali untuk sama-sama kita menyambut bulan yang penuh barakah ini.
antara amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan ramadhan solat sunat terawih.Solat ini hanya dikhaskan pada bulan ramadhan sahaja.Banyak kelebihan dan manfaat yang kita bakal peroleh apabila kita ikhlas mengerjakannya.Selain itu qiamullail atau menghidupkan malam dalam bulan ramadhan juga adalah sangat digalakkan seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis yang berbunyi
"Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah,maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu"-riwayat Al-Bukhari
subhannallah,begitu besar ganjarannya bagi sesiapa yang dapat melakukannya.selain itu zakat fitrah juga merupakan salah satu amalan yang disyariatkan dilakukan pada bulan ramadhan
Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan
1) Penurunan Al-Quran pada malam jumaat 17 Ramadhan,wahyu pertama dari Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang disampaikan melalui malaikat jibri a.s
2) Malam Lailatulqadar,iaitu malam yang mana amalan yang dilakukan pada waktu itu adalah lebih baik daripada 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun).MasyaAllah adakah kita mahu mensia-siakan peluang keemasan ini kerana mungkin ianya hanya datang sekali,adakah anda semua yakin anda dapat hidup selama 83 tahun?.malam laitulqadar adalah salah satu malam yang ganjil (21, 23, 25, 27 atau ke-29) daripada 10 malam yang terakhir dari bulan ramadhan.marilah kita sama-sama mencari malam yang penuh barakah ini.

3)Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadan 8 H) 630M
4)Perang Badar (17 Ramadan 2 H) 624M
Justeru marilah sama-sama kita renung dan fikirkanlah tentang apa akan kita lalui dalam masa beberapa jam lagi,ambil peluang untuk menambahkan ibadah kita kepada Allah serta melupuskan dosa-dosa yang secara sedar atau tidak telah menyelubungi hati kita.
Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa
Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu
Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir
Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim
Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku
YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku
puisi dari iLuvislam.com
Mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat kita lalui penuh sempurna...









